1. Proses berkahwin di Negeri Sarawak bermula dengan proses permohonan kebenaran berkahwin. Bagi tujuan tersebut, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online melalui kiswa.sarawak.gov.my.
  2. Setelah melengkapkan borang permohonan tersebut, pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ke Pejabat Agama Islam Bahagian tempat pemohon tinggal.
  3. Bayaran permohonan kebenaran berkahwin sebanyak RM10.00 dikenakan kepada pemohon.
  4. Setelah diproses, surat kebenaran berkahwin akan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari.
  5. Pemohon hendaklah menyerahkan borang tersebut kepada penolong pendaftar (Jurunikah) tempat pemohon tinggal.
  6. Bayaran sebanyak RM15.00 dikenakan bagi Sijil Perkahwinan.
Permohonan Kursus Pra Perkahwinan boleh dibuat secara atas talian melalui kiswa.sarawak.gov.my (munakahat)
  1. Untuk Malaysia, badan Pengeluar Sijil Halal yang diiktiraf adalah JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Negeri (JAIN)
  2. Untuk Luar Negara, terdapat beberapa badan Pensijilan Halal dari Negara masing - masing yang diiktiraf oleh JAKIM dan maklumat badan serta logo tersebut boleh dicapai dan dimuat turun melalui portal halal di www.halal.gov.my .
Permohonan untuk Pensijilan Halal Malaysia boleh dibuat melalui atas talian di http://apps.halal.gov.my/myehalal
Permohonan pensijilan halal di Malaysia adalah sukarela dan tidak diwajibkan.
Permohonan untuk Pembinaan Masjid / Surau baru boleh dibuat dengan mengisi permohonan online KISWA (Permohonan Pembinaan dan Pendaftaran Masjid/Surau) dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Minit Mesyuarat (Cadangan JK Pembinaan)
  2. Kertas Cadangan
  3. Pelan Lokasi Cadangan Tapak (jika ada)
  4. Surat Pengesahan Tapak Tanah (jika ada)
Pengambilan menjadi Guru Takmir akan dibuka setiap 3 tahun kerana tempoh sah lantikan sebagai Guru Takmir adalah selama 3 tahun. Iklan pengambilan akan dihebahkan dan borang permohonan boleh diperolehi dari mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan di bahagian masing - masing.
Setelah pesalah membuat pengakuan bersalah di dalam Mahkamah Syariah, pesalah akan dijatuhkan hukuman oleh hakim berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan.
Waran tangkap akan dikenakan terhadap pesalah apabila pesalah enggan/sengaja tidak hadir/gagal hadir pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Mahkamah tanpa alasan yang munasabah.
Pemohon yang mahu memeluk islam hendaklah datang ke mana - mana Pejabat Agama Islam Bahagian yang berdekatan dan membawa :
  1. Seorang saksi yang beragama Islam dan warganegara Malaysia ( Saksi hendaklah orang yang bertanggungjawab membawa pemohon untuk memeluk islam iaitu samaada bakal suami/isteri atau keluarga bakal suami / isteri atau kenalan atau saudara)
  2. Keluarga yang bukan islam digalakkan untuk hadir bersama semasa proses Pengislaman.
  3. 1 Keping gambar berukuran passport bagi pemohon.
  4. Dokumen Pengenalan Diri Asal Pemohon ( Kad Pengenalan/ Paspot/ Sijil Lahir/ Resit Sementara JPN)
  5. Surat Keizinan Ibu/ Bapa/ Penjaga (Jika Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun) (jika Berkenaan)
  6. Surat Kebenaran Anggota Tentera (Jika Berkenaan)
  7. Kad Pengenalan Setiap Saksi Pengislaman (jika Berkenaan)